Siakap Keli
Gambar:Al Jazeera

Putera Charles Disahkan Positif COVID-19

Clarence House mengesahkan bahawa Putera Charles telah didiagnosis dengan penyakit Covid-19 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Pewaris takhta itu dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi ‘sebaliknya kekal dalam keadaan baik’ dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duchess of Cornwall, Camilla  yang telah diuji negatif Covid-19.

“Putera Wales telah diuji positif koronavirus. Dia telah menunjukkan simptom ringan tetapi sebaliknya kekal dalam keadaan sihat dan telah bekerja dari rumah sepanjang beberapa hari yang lalu seperti biasa.

“Duchess of Cornwall juga telah diuji tetapi tidak mempunyai virus itu. Menurut nasihat kerajaan dan perubatan, Putera dan Duchess kini mengasingkan diri di Scotland.

“Ujian itu dijalankan oleh NHS di Aberdeenshire di mana mereka memenuhi kriteria yang diperlukan untuk ujian,” kata kenyataan itu.

Acara umum terakhir Putera Charles adalah majlis makan malam untuk membantu usaha bantuan hutan di Australia pada 12 Mac yang berlangsung di Mansion House di London.

Sumber: Sky News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa