Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19 Makin Terkawal Di China, Rakyatnya Dilapor Sedia Melancong Semula Bermula April

Setelah penularan pandemik COVID-19 semakin pulih di China, rakyat negara itu dilaporkan mula bersedia untuk melancong.

Menurut laman The Bangkok Post, syarikat pelancongan di China mula menghubungi rakan niaga di Thailand menyatakan dua wilayah negara itu, Zhejiang dan Jiangsu sudah menamatkan sekatan perjalanan.

Walaubagaimanapun, rakyat tempatan dilaporkan ingin membuat perjalanan domestik terlebih dahulu sebelum ke luar negara, kata Yuthasak Supasorn, pegawai Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT).

Tambahnya, agen pelancongan di China menjangkakan rakyat negara itu akan membuat perjalanan domestik bermula April ini.

“Ini titik kritikal kita perlu bincangkan. China telah melepasi 45 hari pembendungan virus. Syarikat pelancongan China terdesak untuk memulakan perniagaan mereka. Jika ketika itu Thailand masih belum selamat untuk perjalanan, kita akan hilang peluang itu,” katanya.

Kerajaan Thailand dilaporkan sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan koronavirus itu manakala TAT bersama sektor swasta bersedia mengadakan program pentadbiran keselamatan dan kesihatan, lapor portal itu.

Kini, kes COVID-19 di China semakin berkurang dan pertambahan kes harian mula terkawal. Penularan kritikal di dunia ketika ini sedang berlaku di Eropah (Itali dan Sepanyol). Sementara itu, Indonesia dikhuatiri menjadi titik penularan baru (epicentre) virus berikutan kekurangan fasiliti dan kakitangan perubatan.

Sumber: The Bangkok Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.