Siakap Keli
Google

Selepas Itali, Giliran Sepanyol Atasi China Selepas Catat 3,434 Kematian Angkara COVID-19

Angka korban keseluruhan angkara COVID-19 dicatatkan di Sepanyol mengatasi China apabila mencatatkan sebanyak 3,434 kematian pada Rabu, lapor Channel News Asia.

Kerajaan negara dalam Kesatuan Eropah itu berkata, sebanyak 738 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Sepanyol kini memasuki hari ke 11 perintah berkurung bagaimanapun masih bergelut untuk mengawal jangkitan wabak berkenaan yang sudahpun menjangkiti seramai 47,610 rakyatnya.

Tentera Sepanyol pada Selasa dilaporkan meminta NATO menghulurkan bantuan selepas kedua-dua angka korban dan jangkitan baru terus menunjukkan peningkatan.

Negara tersebut, seperti beberapa negara yang lain, ketika ini berdepan dengan kekangan seperti kit ujian, ubat-ubatan serta PPE yang terhad.

NATO dalam satu kenyataan berkata, Sepanyol meminta ‘bantuan antarabangsa’ serta bantuan perubatan untuk mengekang wabak daripada terus menjangkiti komuniti awam dan komuniti tentera di negara tersebut.

Bantuan yang dipohon adalah sebanyak 450,000 respirator, 500,000 kit ujian pantas, 500 ventilator serta 1.5 juta topeng muka.

Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Selasa dilapor meminta kelulusan Parlimen untuk melanjutkan perintah berkurung selama dua minggu lagi, hingga 11 April.

Sumber: CNA

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.