Siakap Keli

(Video) Pematuhan Perintah Kawalan Kekal 95 Peratus, Masih Ada Yang Ingkar- Menteri Pertahanan

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peratusan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimaklumkan oleh pihak polis adalah masih 95 peratus.

“Bermakna masih ramai yang tidak mempedulikan dan ingkar dengan arahan yang diberikan.

“Di pasar raya dan pasar-pasar pihak polis dan juga tentera berkawal dan dari segi laporan, ada pasar raya dan pasar yang mematuhi arahan terutamanya dari segi penjarakan sosial (social distance) dilakukan, tapi masih ada lagi yang ingkar,” jelasnya dalam satu sidang media khas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail menyatakan, sebanyak 163,487 kenderaan telah diperiksa secara mengejut di 1319 kawasan.

“Semalam 110 tangkapan dijalankan oleh pihak polis.

“Saya sudah beri peringatan beberapa kali, cara pihak polis mungkin berubah,” tambhanya lagi.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.