Siakap Keli

Jangan Jadi Mangsa Penipuan, Penangguhan Bayaran Balik Adalah Automatik – Polis

Sejak Bank Negara Malaysia umumkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan kepada rakyat Malaysia akibat Covid-19, ramai individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan penipuan.

Sebelum anda tertipu, baca pengumuman yang dikeluarkan khas untuk anda daripada kiriman  Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police.

Admin yakin semua dah tahu tentang penangguhan bayaran balik dan dah mencari pencerahan di laman-laman sosial.

Post kali ni bukan untuk menerangkan tentang perkara itu tetapi untuk ingatkan masyarakat bahawa :-

1. Bank Negara Malaysia (BNM) TIDAK MELANTIK mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik.

2. Sila berhubung terus dengan bank pinjaman anda. Tidak perlu ke cawangan bank. Bank yang akan uruskan secara automatik untuk anda.

JANGAN LAYAN panggilan telefon yang menyamar dari pihak bank dan meminta BUTIRAN PERBANKAN anda.

JANGAN serahkan no KAD ATM, no PIN ATM, ID PENGGUNA atau KATA LALUAN perbankan internet anda kepada mana-mana individu melalui panggilan telefon atau whatsapp!

INGAT! Penangguhan bayaran balik adalah AUTOMATIK ! Anda tidak perlu membuat permohonan.

JANGAN JADI MANGSA !

 

Sumber: PDRM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang