Siakap Keli
Foto: MUhammad Syafiq Samad

Mulia Hati Kamu, Abang Polis Beri Makan Lebih 10 Kucing Jalanan Ketika Bertugas

Siapa kata dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tak boleh lakukan kebaikan? Ya, keadaan seperti inilah ramai yang berlumba-lumba mencari keberkatan Allah SWT.

Mungkin kita hampir lupa dengan haiwan jalanan yang menangih makanan daripada manusia. Sepanjang tempoh PKP ini, kebanyakan kedai dan premis makanan tutup. Jadi, kucing-kucing jalanan tidak ada tempat untuk mencari makan.

Paling terharu apabila beberapa keping gambar tular di media sosial yang menunjukkan sifat murni ‘Abang’ Polis yang meronda kawasan memberi makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran mencari makanan.

Allah SWT memberkati kamu semua sahabat besar pahala kamu semua dan selamat haiwan yang lain.

Senangkan buat baik. Jadi, sama-samalah kita berbuat baik dengan semua makluk di muka bumi ini.

 

Sumber: Muhammad Syafiq Samad via Siakap Keli Press

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang