Siakap Keli

(Video) Dipercayai Langgar PKP, Seorang Lelaki Dikejar Askar Sampai Dapat

Umum telah mengetahui bahawa sejak wabak pandemik Covid-19 semakin menular di Malaysia, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan memerlukan seluruh rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah dan hanya dibenarkan keluar atas urusan penting sahaja.

Pihak berkuasa seperti polis, tentera, Rela dan agensi-agensi penguatkuasaan lain telah dikerahkan bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi perintah tersebut.

Pun begitu, masih lagi terdapat segelintir rakyat Malaysia yang sengaja melanggar perintah itu.

Dalam satu video yang tular di media sosial ini, seorang lelaki yang dipercayai telah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan bertindak melarikan diri setelah dikejar oleh anggota tentera di sebuah kawasan perumahan.

Tidak lama kemudian, anggota tentera tersebut dilihat berjaya menangkap lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan berkenaan kesalahan lelaki itu sehingga dikejar oleh anggota tentera tersebut.

Orang ramai digesa supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi sama-sama membantu dalam usaha memerangi wabak yang telah membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia ini supaya kehidupan kita boleh kembali seperti sedia kala.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa