Siakap Keli

Pesakit Bawah Pemantauan COVID-19 Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tandas Di Hospital Serdang

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Seorang lelaki yang berada di bawah pemantauan (PUI) COVID-19, ditemui meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui pada jam 7.40 malam di dalam tandas hospital tersebut.

“Pesakit dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas dan kematian pesakit dimaklumkan kepada pihak polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan oleh jururawat.

“Mayat akan diuruskan oleh pihak Hospital Serdang dan polis juga telah merakam percakapan dari pengadu, jururawat hospital, saksi lain serta waris mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang menjalankan tugas, pihak polis turut dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.