Siakap Keli

(Video) 116 Ditahan Kerana Ingkar Solat Jumaat, Kebanyakannya Warga Asing

TERDAPAT masjid di sebuah daerah masih mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan solat Jumaat semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ekoran kejadian itu, seramai 116 daripada jemaah masjid tersebut telah ditahan pihak polis.

“Difahamkan, ada juga lima masjid yang masih menjalankan solat berjemaah.

“Saya berharap tidak ada lagi berlaku keingkaran pada arahan PKP yang telah diperkenalkan,” jelasnya dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara, di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.