Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

67 Individu Degil Ingkari PKP Ditahan – Polis

Kuching: Seramai 67 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Sarawak dalam operasi 24 jam sejak jam 8 pagi semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Aidi ismail.

Beliau berkata kesemua mereka ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam ketika negara berdepan dengan situasi penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil dan menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Beliau berkata kes tersebut disiasatan di bawan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Menurutnya, jumlah keseluruhan individu ditahan sejak Khamis lalu kerana mengingkari arahan PKP di negeri itu meningkat kepada 229 orang.

Dalam operasi terbaru itu, Aidi berkata Sibu mencatat jumlah tertinggi dengan 14 orang diikuti Miri dan Kota Samarahan, masing-masing 12 orang, Bintulu (7), Padawan (6), Kuching (5), Lawas (4), Saratok (3), Betong (2) dan Serian dan Marudi, masing-masing seorang.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.