Siakap Keli

Man Raja Lawak Nak Habiskan RM50,000 Untuk Golongan Yang Layak Dan Memerlukan

Mencipta nama selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) bersama kumpulan Puteh, Man Raja Lawak terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai yang diterimanya kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Man Raja Lawak atau pemilik nama Abd Rahman bin Kasim melalui laman Instagramnya.

Man berkata, dia memperuntukkkan wang sebanyak RM50 ribu ringgit untuk diagihkan kepada individu yang layak bagi meringankan beban mereka mengharungi keadaan sekarang.

Katanya, mereka yang memerlukan bantuan boleh berbuat demikian di ruangan mesej Instagram manrajawalawak dengan menyatakan sebab mereka perlu untuk dibantu.

Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya

https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/

Sumber: Instagram manrajalawak

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.