Siakap Keli

Terkini: 6 Lagi Kematian Akibat Covid-19 Disahkan Hari Ini – Dr. Noor Hisham

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa sehingga hari ini, 31 Mac 2020 terdapat 6 kes kematian baru.

Ini telah menyebabkan jumlah kumulatif ialah 43 kes dengan kadar kematian 1.55% daripada jumlah keseluruhan.

Maklumat Kematian Kes Covid-19

Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.

Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.

Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 1.03 petang.

Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.

Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac jam 7.09 pagi.

Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.

Salam takziah dan semoga ahli keluarga terus tabah menerima dugaan ini.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysiaberkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 31 March 2020

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.