Siakap Keli

Gara-Gara Guna Krim Tiruan Tamat Tempoh, Badan Wanita Bertukar Kehijauan

Seorang wanita mendakwa bahawa kulitnya telah berubah menjadi warna hijau selepas menggunakan krim tiruan yang telah melebihi tarikh luput.

Penggunaan krim tersebut telah membawa padah kepada dirinya selepas kulitnya bertukar menjadi kehijauan.

Menurutnya, dia tidak pasti apa yang telah membuatkan kulitnya jadi begitu, namun dia percaya bahawa dia mungkin telah tersilap ambil sebuah botol yang berisi krim tiruan yang telah lama terdapat di rumahnya.

Dia juga dikatakan telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut.

“Apabila saya lihat diri saya pada pagi berikutnya, saya hampir menangis, ianya amat teruk sekali, saya sungguh tidak mempercayainya,” ujarnya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada empat tahun lepas. Namun gambarnya itu telah menjadi tular beberapa hari ini selepas kawannya berkongsikan gambar tersebut di media sosial.

Sumber: Metro

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa