Dengan kebanyakan tempat di seluruh dunia pada ketika ini menjalani perintah lockdown, kehidupan orang ramai juga berubah dengan drastik.
Kebanyakan orang juga bekerja dari rumah dalam usaha untuk membantu mengurangkan penyebaran koronavirus. Adalah wajar untuk mengatakan bahawa bekerja jauh dari pejabat telah dibuktikan sukar bagi sesetengah pihak.
Terbaru, Pengarah Politik di People For The American Way, Lizet Ocampo, melakukan kesilapan dengan secara tidak sengaja mengubah dirinya menjadi kentang semasa mesyuarat melalui video dan dia tidak tahu bagaimana untuk mengubah filter tersebut kembali kepada asal semula.
Salah seorang pekerjanya, Rachele Clegg, memuatnaik momen tersebut ke dalam laman Twitter sehingga ia menjadi tular.
Kirimannya itu telah mendapat lebih daripada 800,000 tanda suka dan 187,000 ulang kicau.
Lizet yang baru sahaja membuat akaun Twitter juga memberi respon kepada ciapan tular itu.
“Saya gembira kerana ini membuatkan orang ramai tertawa pada masa ini, sila duduk di rumah dan semoga selamat,” katanya melalui ciapan.
Sumber: Mirror Uk