Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) “Mereka Tak Perlu Maklumat Ini,” Pasukan ‘Submarine’ Mungkin Tak Tahu Tentang Covid-19

Pengendali kapal selam British dan Amerika yang berlayar di dasar lautan mungkin tidak tahu mengenai pandemik koronavirus. Wabak pandemik Covid-19 yang kini telah mengorbankan ribuan nyawa meliputi banyak negara di dunia ini.

Pasukan tersebut yang berada di laut selama 60 hingga 70 hari pada satu masa itu dalam misi rahsia pencegahan nuklear, sengaja ‘dilindungi’ dari berita dunia untuk meningkatkan fokus dalam misi serta tidak mahu melemahkan semangat mereka.

Gambar: Daily Mail

Mereka dipercayai menjadi salah satu ‘poket’ terakhir manusia yang tidak menyedari penutupan global dan hampir 40,000 kematian yang disebabkan oleh virus setakat ini.

Perancis mempunyai kes tertinggi keenam yang disahkan di seluruh dunia dengan 45, 170 kes dan telah menguatkuasakan perintah lockdown sebagai langkah untuk membendung pandemik tersebut.

Pegawai berkata bahawa mana-mana kru yang meninggalkan pelabuhan sebelum penyebaran virus kemungkinan besar tidak tahu mengenai berita tersebut sehingga dua hari terakhir misi mereka, ketika mereka kembali ke pelabuhan.

“Mereka tidak tahu, mereka perlu melengkapkan misi yang ada. Sesiapa yang berada di laut tidak memerlukan maklumat ini,” kata pesara, Laksamana Dominique Salles.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa