Siakap Keli
Gambar: Iran - Google

Covid-19: 2,875 Kes Dalam Tempoh 24 Jam, Iran Kini Catat Kes Positif Lebih 50 Ribu Orang

Sebanyak 2,875 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Iran sekaligus menjadikan jumlah terkini keseluruhan positif jangkitan mencecah 50,468 kes pada Khamis.

Perkara tersebut diumumkan oleh Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianush Jahanpoor dalam satu siaran di media tempatan, seperti memetik laporan CCN.

Menurut beliau, angka keseluruhan kematian juga telah meningkat kepada 3,160 orang dengan pertambahan 124 kematian baharu pada hari ini.

Manakala, sejumlah 16, 711 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, sementara 3,965 pesakit berada dalam keadaan kritikal, katanya.

Iran telah menjadi negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Timur Tengah, tidak jauh di belakang China, Amerika Syarikat dan empat negara Eropah lain mengikut kes yang telah disahkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.