Siakap Keli

TERKINI: 5 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam, Jumlah Terkini 50 Kes Kematian

Lima lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 50 kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi sidang media KKM, kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor.

Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki berumur 61 tahun dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-2107).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki berumur 69 tahun dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)