Siakap Keli

“Ambil Moratorium, Untung Ke Tidak,” Wanita Ini Tunjuk Cara Uruskan Bayaran Pinjaman Yang Ditangguh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak wabak pandemik Covid-19 ini merebak ke Malaysia, ramai yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan mereka terutama keluarga yang bergaji harian seperti berniaga. Wabak ini merupakan satu cabaran terbesar kepada pemimpin dan penduduk di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ramai yang tidak dapat keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan asas keluarga kerana mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, itu tidak dikira lagi dengan pinjaman bank yang dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun bagi meringankan beban masyarakat, Bank Negara Malaysia mengeluarkan satu penawaran moratorium sehingga enam bulan. Bahasa mudahnya, pihak bank melakukan penangguhan bayaran pinjaman.

Ambil moratorium, Untung ke tidak?

Bagi menjawab isu ini, seorang perancang ekonomi, Ross Yasim berkongsi pendapat dan penjelasan tentang moratorium yang dikeluarkan oleh bank memberi manfaat kepada kita atau tidak. Ikuti penjelasannya dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada anda semua.

*Moratorium adalah penangguhan pembayaran pembiayaan atau hutang yang diberi oleh pihak yang berautoriti.

Untung ataupun tidak, ia bergantung kepada kebijaksanaan dan tahap disiplin individu.

Contoh keuntungan kepada individu yang mempunyai baki hutang yang rendah. Ilustrasi di bawah adalah merujuk kepada individu yang bergaji penuh.

Contoh Abu:

1. Pembiayaan rumah 1: RM780
2. Pembiayaan rumah 2: RM600
3. Pembiayaan rumah 3: RM600
4. Pembiayaan peribadi: RM300 (baki RM17 000, tempoh hutang 9 tahun)
5. Pembiayaan ASB: RM995

Ini menjadikan jumlah penangguhan bulanan yang Abu dapat sebanyak RM3275 sebulan.

Abu ada hutang baik dan hutang jahat.

Hutang baik:
Rumah, profit rate 4%
Pembiayaan ASB, profit rate 4.5%
*Jenis pembiayaan adalah “reducing balance”*.

Hutang jahat:
Pembiayaan peribadi, 7%
Jenis pembiayaan adalah flat rate.

Abu ambil moratorium dan kumpulkan wang yang diperolehi setiap bulan di ASB. Jumlah terkumpul yang Abu dapat selama 6 bulan ialah RM3275 x 6 = RM19,650.00

Dengan wang yang terkumpul ini Abu guna untuk langsaikan hutang jahat iaitu pembiayaan peribadi yang mempunyai baki hutang sebanyak RM17,000.

Dengan penyelesaian hutang pembiayaan peribadi, Abu masih lagi mempunyai baki
RM19,650 – RM17,000 = RM2650. Abu memilih untuk mengekalkan baki dalam ASB.

Setelah habis tempoh moratorium, komitmen bulanan Abu berkurang sebanyak RM300 hasil penyelesaian pembiayaan peribadi yang sepatutnya perlu dibayar dalam tempoh lagi 9 tahun, Abu dapat selesaikan dalam masa 6 bulan sahaja.

Sekarang Abu ada “cashflow” RM300 setiap bulan. Dengan “cashflow” yang baharu itu Abu bayar RM50 tambahan bagi setiap hutang rumah dan ASB. Baki “cashflow” yang tinggal sekarang menjadi RM100 setiap bulan.

Dengan tambahan RM50 ke atas setiap bayaran bulanan rumah dan pembiayaan ASB,
Abu dapat selesaikan beberapa tahun lebih awal hutang rumah dan ASB-nya.

Nampak tak?

Kalau Abu ambil moratorium,

Abu dapat selesaikan pembiayaan peribadinya selepas tempoh 6 bulan moratorium. Pembiayaan rumah dan ASB dapat diselesaikan beberapa tahun lebih awal. Punyai “cashflow” tambahan RM100 setiap bulan. Punyai wang lebihan di ASB sebanyak RM2650.

Kalau Abu tak ambil?

Abu bayarlah macam biasa sampai habis kesemua “loan” dia tadi..haha

Pembiayaan peribadi bayar sampai 9 tahun. Pembiayaan rumah tak boleh langsai awal.
Tiada tambahan “cashflow” . Duit lebihan di ASB sebanyak RM2650 pun tiada..

Jadi untung ke rugi ambil moratorium ni? Untung kalau yang ambil tu bijak mengurus. Rugi kalau ambil tapi tidak pandai guna pakai..hehe

 

Sumber: Ross Yasim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)