Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

COVID-19: Palestin Lanjut ‘Lockdown’ Sebulan Lagi

BAITULMAQDIS, 3 April — Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah “lockdown” selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh lockdown selama sebulan,  kata setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erekat di Twitter.

Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh lockdown bermula 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Setakat ini, Palestin mencatatkan 161 kes disahkan.

— BERNAMA

 

Sofea

There's always another side to every story