Siakap Keli
Kredit: Google

Masih Ada Harapan, Pesakit COVID-19 Berusia 93 Tahun Dengan Hipertensi Dan Diabetes Dilaporkan Sembuh

Umum percaya bahawa warga emas mempunyai risiko komplikasi yang tinggi jika dijangkiti COVID-19. Hal ini kerana mereka tergolong dalam kumpulan yang memiliki imuniti yang lemah.

Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, ada pesakit COVID-19 warga emas yang dilaporkan berjaya pulih. Antaranya adalah seorang pesakit berusia 103 tahun di Iran dan dua warga emas China yang masing-masing berusia 100 dan 103 tahun.

Terbaru, seorang pesakit koronavirus berusia 93 tahun di India bersama isterinya, 88 dilaporkan berjaya pulih dari penyakit itu. Lelaki itu menjadi pesakit tertua di India yang berjaya pulih, lapor BBC.

Pasangan yang berasal dari Kerala itu disahkan positif COVID-19 kira-kira sebulan lalu, dipercayai berjangkit dengan anak dan menantu mereka yang baru pulang dari Itali.

Lelaki tersebut dilaporkan mempunyai penyakit darah tinggi dan diabetes, keadaan yang boleh menyebabkan kematian bagi banyak kes di seluruh dunia.

Menurut doktor yang merawatnya, disebabkan kesihatannya yang merosot, lelaki itu terpaksa memakai ventilator selama 24 jam sebelum menjadi stabil dan kembali pulih.

Anak dan menantu mereka digelarkan ‘pasangan Itali’ setelah menjadi perbualan di India apabila dilaporkan tidak menjalani saringan di lapangan terbang.

Mereka kemudiannya dikesan pihak berkuasa, namun sempat menjangkiti beberapa ahli keluarga dengan virus itu.

Setakat ini, seramai 2,567 kes COVID-19 direkodkan di negara itu dengan 72 kematian.

Sumber: BBC, Worldometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.