Siakap Keli
Gambar: Fox News

(Video)Penduduk Setempat ‘Berkurung’, Kambing Gunung Jelajah, ‘Ambil Alih’ Bandar Utama

Ketika penduduk sedang menjalani perintah berkurung bagi mengekang jangkitan Covid-19, sekumpulan kambing gunung keluar untuk ‘menakluki’ bandar di Wales.

Produser video bagi Manchester Evening News, Andrew Stuart, memuatnaik himpunan gambar dan video yang memaparkan kambing-kambing gunung tersebut berkeliaran di bandar tersebut.

Kambing-kambing tersebut biasanya hidup di tanah besar yang luas berhampiran laut yang dipanggil ‘Great Orme’. Mereka bagaikan ‘mengambil kesempatan’ keluar kerana ketiadaan orang dan kereta yang ‘menghiasi’ bandar pinggir pantai itu.

Mereka telah dirakam ‘bersiar-siar’ di jalan-jalan yang kosong, memanjat dinding batu dan ‘berpesta’ di pokok-pokok dan semak samun penduduk.

“Tiada sesiapa yang keluar pada waktu ini disebabkan oleh perintah berkurung, jadi kambing-kambing itu mengambil peluang dan masuk sejauh yang boleh ke dalam bandar ini,” kata Stuart.

Stuart berkata dia pertama kali melihat kawanan kambing itu adalah pada minggu lalu. Dia juga telah menghubungi polis yang menghalau haiwan tersebut kembali ke Orme.

Pun begitu, kambing-kambing itu tetap datang kembali.

Sumber: Fox News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa