Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Kanak-Kanak Lima Tahun Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Covid-19 Termuda Di UK

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di England meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19.

Kanak-kanak itu merupakan antara 637 orang yang telah terkorban disebabkan oleh Covid-19 di England dalam jangka masa 24 jam.

NHS England berkata 212 kematian pesakit akibat Covid-19 adalah di Midlands, 127 di London, 97 di North West,73 di North East dan Yorkshire, 70 di Timur England, 41 di South East dan 17 di South West.

Secara keseluruhannya, 708 lagi orang yang telah meninggal dunia di United Kingdom selepas dijangkiti Covid-19 yang memperlihatkan angka kematian meningkat kepada 4,313.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun telah menjadi mangsa Covid-19 termuda di United Kingdom.

Remaja tersebut dikebumikan di Eternal Gardens di perkuburan Kemnal Park, Chislehurst pada Jumaat lalu, tanpa kehadiran ibu bapanya.

Sumber: Metro UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa