JUMLAH kes COVID-19 yang sembuh dicatatkan hari ini, 236 kes adalah lebih tinggi daripada jumlah kes positif baharu iaitu 131 kes.
Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes sembuh hari ini adalah yang tertinggi dalam rekod kes sembuh harian yang direkodkan.
Menurut tweet yang dimuat naik oleh KKM sebentar tadi, ia juga merupakan kali pertama kes discaj melebihi kes baru yang dilaporkan selepas PKP.

Sumber: KKM