Siakap Keli
Kredit: Google

Lebih Separuh Daripada 76 Warga Thailand Pulang Dari Indonesia Adalah Pesakit COVID-19

Seramai 42 orang dari 76 warga Thailand yang pulang dari Indonesia pada Isnin lalu merupakan pesakit COVID-19, lapor The Jakarta Post.

Dari jumlah tersebut, seramai 22 individu telah dihantar ke pusat kuarantin di Stadium Lak Muang, Songkhla. Sebelas daripadanya merupakan kes disyaki, 10 pesakit positif dan seorang negatif.

Tujuh daripada keseluruhan warganegara yang baru pulang itu telah dihantar untuk saringan dan kuarantin di Sekolah Seangtham Vittaya, Narathiwat. Lima daripadanya kes disyaki manakala dua orang positif COVID-19.

Di Pattani pula, seramai 13 individu telah dikuarantin di mana lapan daripadanya merupakan kes disyaki serta tujuh kes positif.

Seramai tujuh pesakit COVID-19 telah dihantar ke pusat kesihatan Yala untuk kuarantin, manakala 16 daripada 26 individu yang dikuarantin di Universiti Songkhla Rajabhat kampus Satun disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, seramai 35 staf penerbangan LionAir sedang dikuarantin di sebuah hotel di Songkhla dan dilaporkan tiada simptom.

Semalam, sebanyak 111 kes baru dicatatkan di Thailand dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,369 kes. Sebanyak 30 kematian direkodkan termasuk tiga warga negara asing, lapor jurucakap kerajaan, Taweesin Visanuyothin hari ini.

Sumber: The Jakarta Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.