Siakap Keli
Gambar via Twitter

Paling Dekat Dengan Bumi Tahun Ini, Foto Keindahan ‘Super Pink Moon’ Memukau Pandangan

Fenomena supermoon yang ‘menjengah’ ke langit dunia boleh dikatakan sebagai detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Apa tidaknya, dengan keindahan yang menerangi langit, ramai yang terpukau melihat keindahan tersebut.

Supermoon berlaku apabila bulan berada dalam lingkungan 90% daripada perigee yang merupakan pendekatan yang terdekatnya ke bumi dalam orbit. Bulan akan kelihatan lebih cerah dan besar di langit.

Bulan purnama April atau lebih dikenali sebagai bulan merah jambu adalah yang paling dekat dengan bumi pada tahun ini. Ia merupakan bulan penuh pertama pada musim bunga.

Menurut Old Farmer’s Almanac, namanya berasal dari bunga liar asli Amerika Utara yang mekar pada awal musim bunga iaitu ‘Phlox Subulata’ yang dikenali sebagai ‘pink moss’.

Bulan tersebut tidak akan kelihatan merah jambu namun ia mungkin kelihatan lebih keemasan kerana ia naik di atas ufuk.

Masyarakat seluruh dunia sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk memuatnaik koleksi gambar fenomena bulan tersebut di laman media sosial.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa