Siakap Keli
Foto: Time

Penduduk Wuhan Sambut Gembira, Perintah Berkurung Akibat Covid-19 Tamat Selepas 76 Hari

Setelah 11 minggu dalam perintah berkurung untuk memerangi gejala wabak pandemik Covid-19, akhirnya Wuhan kembali hidup semula.

Tepat pukul 12 tengah malam pada hari Rabu, pintu masuk dan keluar bandar itu akan dibuka. Seramai hampir 11 juta penduduk di bandar itu, kini dibenarkan keluar rumah tanpa memerlukan kelulusan rasmi daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar bagi menjejaki pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontrak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Penduduk di sana menyambut meriah seakan mereka sudah ‘merdeka’ selepas 76 hari berkurung. Mereka berada di sepanjang Sungai Yangtze yang luas sambil menyaksikan pertunjukan lampu dan imej animasi pekerja kesihatan yang membantu pesakit pada bangunan pencakar langit di daerah tersebut.

Trafik bergerak pantas melalui jambatan, terowong dan jalan raya yang baru dibuka semula. Sementara itu, beratus orang berpusu-pusu menunggu kereta api pertama dan penerbangan untuk keluar dari daerah tersebut. Ramai yang berharap akan dapat kembali ke tempat kerja di daerah yang lain.

Terdahulu, sebanyak 82,000 kes positif Covid-19 dan lebih daripada 3,300 kematian di China telah beransur pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Bagaimanapun, langkah-langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, pemeriksaan suhu masih dijalankan seperti biasa di Wuhan iaitu ibu kota kepada Hubei.

Sumber: TIME

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)