Siakap Keli

69,000 Individu Telah Jalani Ujian COVID-19 Hari Ini, KKM Bakal Tingkatkan Kapasiti Makmal

Putrajaya, 9 April – Kementerian Kesihatan memaklumkan lebih 69,000 sampel telah diuji untuk COVID-19 di Malaysia pada hari ini.

“Bilangan individu yang diuji seramai 69,675 kes untuk hari ini,” jawab Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya wartawan dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, KKM berusaha meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 melibatkan 43 makmal sektor awam, universiti dan swasta.

“Pada peringkat awal, institut penyelidikan perubatan (IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam memulakan dan menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Kapasiti terkini dijangka mencapai sebanyak 11,500 kes sehari, tambah beliau.

Jika kita ada kit ujian pantas yang tepat, ia mungkin boleh membantu kita untuk menambah ujian di klinik dan hospital, tambahnya.

Ucapan bermula pada minit ke-26.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.