Siakap Keli

Lebih 20 Daerah Direkod Sebagai Zon Merah Setakat Ini, Hulu Langat Paling Ramai Positif

Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah pecahan kes positif Covid-19 mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah malam 8 April.

Seperti kita sedia maklum, negeri Selangor mempunyai bilangan kes yang tinggi iaitu dengan jumlah 1078 kes positif. Dalam negeri ini, terdapat 5 buah daerah di negeri ini diistiharkan zon merah kerana kes positif lebih daripada 41 kes iaitu Petaling (318), Hulu Langat (361), Gombak (117), Klang (134) dan Sepang (47). Diikuti dengan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Disamping itu, di Johor pula telah mencatat kes psoitif sebanyak 496 dengan tiga daerah yang tertinggi dan diistihar zon merah adalah Batu Pahat (48), Johor Bharu (158), dan Kluang (175).

Beralih kepada Sabah dan Sarawak masing-masing mencatat jumlah 248 dan 306 kes positif Covid-19. Jumlah daerah yang dilabelkan zon merah adalah di Tawau (67) dan Kuching (192) serta Kota Samarahan (41).

Rata-rata lebih daripada 20 daerah yang dilabelkan sebagai zon merah yang memiliki kes positif lebih daripada 40 kes.

Jadi, sebagai penduduk Malaysia yang berbudi bahasa, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia.

 

Sumber: Dr Noor Hisham 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)