Siakap Keli

(Video) Pemilik Lamborghini ‘Hadiahkan’ Kereta Myvi Sebagai Ganti Kepada Mangsa Kemalangan

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Mana tidaknya, setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta supercar dan sebuah kereta Viva dipercayai telah berlaku.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Viva tersebut seakan ingin masuk ke satu persimpangan. Kereta Lamborghini yang berada di belakang kereta Viva ketika itu dipercayai tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya lalu merempuh kereta Viva tersebut.

Selepas daripada itu, kereta Viva tersebut telah terpusing dan terbabas sehingga masuk ke lorong arah bertentangan. Mujur kereta yang sedang melalui jalan tersebut sempat untuk memberhentikan kenderaan daripada melanggar kereta Viva itu.

Susulan daripada kejadian tersebut, seorang warganet bernama Azman Nor mendakwa bahawa kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.

Tambahnya lagi, pemandu kereta Lamborghini tersebut yang berasa bertanggungjawab akan kejadian itu telah bertindak ‘menghadiahkan’ pemandu Viva tersebut sebuah kereta Myvi sebagai ganti rugi bagi memastikan pemandu Viva itu tidak perlu menghabiskan sumber pendapatannya untuk membaiki keretanya.

Tindakan mulia tersebut telah mendapat pujian daripada warganet di media sosial:

Sumber: Xiiao Yong/Azman Nor

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa