Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Wanita Di Wuhan Pesan 76 Jenis Makanan Lepas Selesai Jalani Tempoh Berkurung

Seorang wanita di Wuhan telah memesan 76 jenis sarapan pagi sekaligus bagi memuaskan keinginannya selepas menjalani tempoh perintah berkurung selama beberapa bulan kerana Covid-19.

Wanita itu ingin ‘menebus’ kembali makanan pagi yang terlepas semasa perintah berkurung selama 76 hari.

Gambar: Daily Mail

Satu rakaman yang dimuatnaik di media sosial memperlihatkan seorang penghantar makanan mengambil makanan yang dipesan di restoran sarapan pagi menggunakan beg sebelum membawanya dengan tiang kayu di bahunya.

Gambar: Daily Mail

Menurut laporan media Cina, penghantar makanan itu menerima permintaan pesanan pada pukul 6.33 pagi dan pada hari pertama Wuhan tidak lagi dikenakan perintah berkurung.

Penghantar makanan itu mengambil masa selama satu jam untuk melengkapkan pesanan wanita itu kerana kebanyakan restoran masih lagi tidak dibuka.

“Sudah lebih dua bulan saya tidak dapat merasa ‘Guo Zao’. Saya sangat gembira Wuhan tidak lagi dikenakan perintah berkurung,” kata wanita itu.

‘Guo Zao’ adalah perkataan tempatan yang sering digunakan untuk menggambarkan mengenai sarapan pagi dan Wuhan sememangnya terkenal dengan budaya makanan yang dinamik.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa