Siakap Keli

UAE Perkenal Kahwin Secara ”Online”, Benarkan Orang Ramai Teruskan Perkahwinan Ketika COVID-19

KERAJAAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaksanakan perkhidmatan perkahwinan secara atas talian (online) sebagai usaha mengelakkan penularan wabak jangkitan COVID-19.

Menteri keadilan berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan adalah untuk membenarkan majlis perkahwinan diteruskan sementara negara itu masih menjalankan tindakan berjaga-jaga dalam mencegah penyebaran virus tersebut.

“Perkhidmatan ini termasuklah pelaksanaan perkahwinan jarak jauh, di mana pihak yang terlibat (dalam perkahwinan) bersama pasangan dan tetamu lain boleh berkomunikasi dalam satu masa.

“Dan ia tidak memerlukan semua pihak untuk terlibat secara langsung (dalam majlis), dalam masa sama untuk mengelakkan sebarang kontak (rapat) dan memastikan langkah penjarakan sosial dipatuhi,” katanya.

Menurut laporan Gulf News, perkhidmatan kahwin atas talian yang turut melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja di mahkamah persekutuan itu telah bermula pada 12 April, semalam.

Merujuk pada prosedurnya, setiap pasangan yang mahu menggunakan perkhidmatan itu perlu mendaftar di moj.gov.ae dan mengikuti turutan yang disediakan.

Apabila maklumat pernikahan sudah dihantar, mereka akan menetapkan tarikh majlis dan berurusan dengan jurunikah melalui sidang video.

Dokumen juga ditandatangani secara atas talian, kemudian dihantar ke mahkamah syariah melalui emel.

Pegawai kemudiannya menfailkan semua dokumen tersebut dengan mahkamah undang-undang untuk merekodkan perkahwinan itu, lapor The National.

Sumber: Gulf News, The National

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.