Siakap Keli
Image via Detiknews

Disangka Meninggal Sakit Jantung, Orang Kampung Terkejut Jenazah Positif Covid-19 Selepas Adakan Tahlil 7 Hari

Penduduk di Kampung Malang, Indonesia terkejut apabila mengetahui jenazah seorang lelaki yang telah diuruskan merupakan pesakit positif Covid-19.

Hal ini disebabkan keputusan saringan virus itu hanya diketahui selepas pemakaman selesai.

Menurut laporan, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia kerana sakit jantung kerana rata-rata orang kampung mengetahui individu berusia 48 tahun itu sering berubat kerana penyakit jantung tersebut.

Pada awalnya, mereka tidak merasa curiga sehingga melakukan majlis tahlil selama 7 hari.

“Ada sehingga 25 orang mengikuti majlis tahlil tersebut,” kata salah seorang penduduk, Heri Isnandar ketika dihubungi media.

Dikatakan bahawa jenazah diuruskan oleh penduduk kampung seperti biasa pada hari Jumaat (3 April 2020) sebelum disahkan positif virus tersebut.

Jenazah disahkan positif COVID-19 seminggu kemudian iaitu pada hari Sabtu (11 April 2020) apabila keputusan kematian menunjukkan yang jenazah meninggal dunia disebabkan virus itu.

“Kami memang tidak tahu dia positif Covid-19 kerana ujian saringan belum keluar lagi ketika itu. Sekarang ini, kami semua cemas dan minta semua yang terlibat untuk bertenang dan lakukan kuarantin sendiri di rumah.

“Yang kami tahu almarhum memang ada sakit jantung dan sejak awal tidak ada SOP Covid-19 bagi pemakamannya. Jadi, semua penduduk ikut tahlil seperti biasa kerana menganggap dia meninggal kerana jantung,” ungkapnya.

“Pihak kesihatan akan segera melakukan saringan kepada anggota keluarga almarhum. Setakat ini, ada tiga orang yang telah diperiksa. Mudah-mudahan hasil semua negatif.”

Sumber: Detik News, Tribun News

Adib Mohd

Nur Farra