Siakap Keli

TERKINI: SPM Dan SVM Ditunda Hingga Suku Pertama Tahun 2021 – Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan bahawa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda sehingga suku pertama tahun 2021.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin, menerusi siaran langsung sebentar tadi.

Manakala, bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), tarikh peperiksaan semester kedua diubah kepada bulan Ogos 2020 dan peperiksaan semester ketiga akan diadakan pada suku pertama 2021.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

https://www.facebook.com/167047123315520/videos/721084351966775

Sumber: Siarang Langsung Menteri Pendidikan, Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.