Siakap Keli
Gambar: Jmaolla

(Video) Hanya Guna 4 Bahan, Gadis Kongsi 7 ‘Step’ Mudah Buat Aiskrim ‘Homemade’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda pasti sudah pening memikirkan aktiviti di dalam rumah yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga serta rakan-rakan.

Mungkin dianggap biasa, namun anda juga sebenarnya boleh melakukan ‘eksperimen’ dengan memasak dan mencipta pelbagai makanan yang mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini.

Melayari laman sosial, pelbagai resepi masakan termasuk lauk pauk, kuih muih dan minuman yang dapat anda hasilkan.

Salah satu resepi yang telah tular adalah resepi aiskrim ‘homemade’ yang dikongsikan oleh akaun jmaolla di laman Twitter. Perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 22.6 ribu ulang kicau dan 38.3 ribu tanda suka.

Menariknya, aiskrim itu diinspirasikan dari aiskrim milo dan modal untuk membuatnya tidak sampai RM5. Ikuti resepi yang telah dikongsikan olehnya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: jmaolla

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa