Siakap Keli

TERKINI: Lagi 201 Kes Telah Pulih Dan Discaj Hospital

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 201 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.

Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 2,967 orang atau 56.50% daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah tersebut juga menjadikan bilangan kes yang telah pulih dan telah discaj melebihi jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KKM.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa