Siakap Keli

(Video) Cara Buang Tulang Ikan Dengan Sekali Tarik & Mudah, Senang Untuk Anak Makan

Anda kalau masak ikan di dapur, apakah kaedah yang digunakan untuk siang dan buang sisa perut ikan itu?

Pastinya rata-rata sudah maklum bahawa teknik biasa yang digunakan adalah memotong bahagian rahang dan keluarkan isi perut ikan dari situ.

Namun, adakah anda tahu, kita juga boleh buang terus tulang ikan semasa proses siang tanpa memotong sebahagian besar badan ikan tersebut.

Teknik ini dikongsikan oleh Nana Mea Soffea menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Facebooknya.

Mari kita saksikan video ini.

https://www.facebook.com/mea.soffea/videos/vb.100004724851406/1519454674888680/?type=2&video_source=user_video_tab

 

Ringkasan teknik tersebut adalah;

  1. Ikan disiang seperti biasa, bahagian yang menghubungkan kepada dan badan dibelah dan isi perut dikeluarkan
  2. Seluruh bahagian ikan ditumbuk dengan perlahan untuk memisahkan tulang dari isi badan
  3. Bahagian tulang belakang dan bawah badan ikan dipicit
  4. Patahkan tulang bahagia ekor
  5. Tulang di bahagian leher digunting sedikit, pegang pangkal tulang dan tarik keluar.
  6. Ikan boleh terus dimasak seperti biasa

Mudah kan?

Jom amalkan teknik ini, mungkin ia sangat membantu bagi ibu bapa yang ada anak kecil di rumah.

Mereka boleh makan ikan tersebut tanpa risiko tercucuk tulang, tercekik dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Mea Soffea

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.