Siakap Keli

Kenamaan Ingkar PKP Sudah Dipanggil Polis Untuk Keterangan

Individu kenamaan yang dilaporkan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini sudah dipanggil polis, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

“Tindakan seterusnya adalah bergantung kepada pihak polis.

“Jadi, tanggapan orang ramai mengenai ada perbezaan tindakan dan pendekatan polis kepada orang yang ingar PKP adalah tidak betul.,” jelasnya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Menurutnya, tidak ada sesiapa yang terlepas daripada tindakan undang-undang jika ingkar arahan PKP.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.