Siakap Keli
Kredit: Twitter KKM

Untuk Kita Belajar, Supaya Kita Tak Ulangi Perkara Tak Berkesan Mereka Lakukan- KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kedatangan pakar dari China bukan untuk membantu rawat pesakit, sebaliknya berkongsi pengetahuan dengan Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kemasukan mereka adalah untuk pembelajaran pakar di Malaysia menghadapi COVID-19.

“Kita dapat berbincang dari segi rawatan dan penyelidikan, bukan sahaja perkara positif tapi juga perkara yang mereka gagal laksanakan supaya kita tidak mengulangi perkara yang mereka laksanakan, tetapi tidak berimpak.

“Kita boleh pelajari isu perawatan pesakit contohnya di wad dan ICU, dan isu penyelidikan, pengesanan serta teknik tertentu untuk kita bincang,” kata beliau.

Tambahnya, pengalaman pakar dari China sama ada berjaya atau tidak penting untuk memberi pengajaran kepada Malaysia.

“Mereka bukan datang untuk membantu kita merawat. Virus ini adalah virus baru, jadi masing-masing ada pengalaman.

“Pengalaman mereka sama ada berjaya atau tidak penting untuk kita. Jika berjaya, kita teruskan kaedah itu, jika tidak berjaya kita belajar dan tidak ulangi kaedah tersebut,” kata beliau ketika menjawab soalan wartawan.

Ujarnya lagi, pengalaman China mengatasi virus itu dalam dua bulan penting untuk dipelajari.

“Perbincangan itu penting untuk menambah pengetahuan kita mengenai virus baru di mana ramai daripada pakar kita masih belum pasti cara ia merebak dan menyebabkan kelemahan tubuh dan sebagainya.”

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.