Siakap Keli
Foto: Wiser.my

Kerajaan Lancarkan Aplikasi ‘MySejahtera’ Untuk Info Kawasan Merah Covid-19, Boleh Muat Turun Di Telefon Pintar

Menerusi perkongsian daripada laman Twitter YB Khairy Jamaluddin, beliau memperkenalkan satu aplikasi untuk mengesan kawasan merah Covid-19 malah perkongsian maklumat terkini tentang wabak Covid-19 di Malaysia. Aplikasi MySejahtera ini sudah dimuatnaik dalam Store Google dan iOS dalam telefon pintar anda.

“Sila muat turun aplikasi MySejahtera di store Google atau iOS. Selain hotspot checker (kawasan merah COVID-19) & maklumat terkini, aplikasi ini membantu rakyat melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Data tersebut penting untuk tindakan lanjut oleh KKM.”

Apa itu Aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini?

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

    • Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
    • Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
    • Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
    • Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
    • Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
    • Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk

Untuk pengetahuan anda, maklumat peribadi anda akan dirahsia setelah mendaftar menggunakan aplikasi ini.

 

Sumber: YB Khairy Jamaluddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)