Siakap Keli

‘Misteri’ Disebalik Sebuah Rumah Di Cleveland Yang ‘Diblur’ Google Maps

Kisah sebuah rumah yang terletak di Syemour Avenue, Cleveland pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu.

Bahkan, rumah ini ‘dipadam’ daripada pandangan Google Maps.

Dengan koordinate 41°28’21.6″N 81°41’52.7″W, misteri disebalik rumah ini dibongkar satu-persatu.

Kediaman ini dikatakan milik seorang lelaki bernama, Ariel Castro. Dia merupakan seorang banduan yang didakwa menculik, merogol dan menyiksa tiga orang gadis selama 10 tahun.

Insiden ini bermula pada tahun 2002 sehingga tahun 2013, salah seorang daripada gadis yang diculik itu menemui jalan keluar daripada rumah tersebut.

6 Mei 2013, tarikh keramat buat Ariel Castro apabila kejahatannya diketahui orang ramai. Sebelum bebas sepenuhnya, ketiga-tiga orang gadis itu menolak pintu dan menjerit sehingga didengari jiran berdekatan.

Mereka kemudian diselamatkan dan Ariel ditahan serta dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Namun, dia dilaporkan telah membunuh diri pada September 2013 didalam sel tahanan.

Menurut laporan Mashable.com, polis kemudian telah ‘menghapuskan’ kediaman Ariel Castro dan pihak Google kemudian telah mengambil inisiatif  supaya rumah Ariel Castro di Seymour Avenue disensor di Google Maps.

Sehingga kini, jika anda mencari rumah ini dengan koordinate diatas, hanya rumah Ariel sahaja dikaburkan walaupun dikiri kanannya terdapat kejiranan lain.

Sumber: Suara.com

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra