Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
https://platform.twitter.com/widgets.js
“PKPD ini akan berkuatkuasa mulai 20 April 2020 sehingga 3 Mei 2020 yang melibatkan lapan parcel yang telahpun dikenalpasti,” katanya.
Lapan parcel tersebut meliputi:
Parcel A: Jalan 6/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel B: Jalan 6/3A Dan 9/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel C: Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel E1:Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan1/2D, Kuala Lumpur
Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D Kuala Lumpur
Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur
Pun begitu, orang ramai yang sering mendapatkan bekalan barang basah dari Pasar Borong Kuala Lumpur tidak perlu risau kerana ia tidak akan ditutup.
“Di pasar borong itu kita tidak tutup, kita tutup kawasan perumahan terutama yang melibatkan ramai dalam kalangan rakyat Rohingya yang memegang kad UNHCR, jadi kawasan itu yang kita tutup sedangkan pasar borong masih lagi dibuka seperti biasa,” katanya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara