Siakap Keli

Hujan Meteor Tertua ‘Muncul’ Di Langit Malaysia Malam Ini

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hujan meteor yang dinamakan meteor Lyrid pada hari Selasa. Pertunjukan meteor tersebut akan mencapai kemuncaknya pada hari Selasa, 21 April dengan 10 hingga 15 meteor sejam dan waktu terbaik untuk melihatnya adalah antara waktu tengah malam dan Subuh.

Walaupun persembahannya agak tenang, ianya adalah hujan meteor pertama sejak awal Januari. Menurut EarthSky, Lyrid mendapat namanya dari buruj Lyra. Hujan Meteor Lyrid adalah salah satu yang tertua yang diketahui, dengan catatan meteor yang dapat dilihat sejak 2,700 tahun.

Bagi mendapatkan pemandangan terbaik, anda perlu mencari kawasan langit gelap tidak kira di mana sahaja semasa malam puncak pada hari Selasa hingga Rabu. Anda juga perlu berada di kawasan yang kurang pencahayaan lampu dengan langit yang cerah serta perlindungan awan yang minimum.

Penggunaan teleskop tidak dapat membantu dan meteor tersebut hanya boleh dilihat dengan mata kasar. Ianya kerana medan penglihatan sebuah teleskop kecil, ia hanya nampak kawasan langit yang kecil iaitu sebesar bulan. Manakala meteor ini pula bergerak merentas langit.

Bagi mengetahui di mana arah lokasi meteor Lyrids akan dilihat muncul, orang ramai boleh menggunakan buruj Lyra sebagai panduan bagi mengetahui dari mana arah meteor-meteor Lyrids akan muncul.

Anda juga boleh melayari website ini untuk menentukan kedudukan arah mana yang terbaik untuk menyaksikan meteor ini.

Gambar: EarthSky
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HEB-EM7ZHeA]

Sumber: DailyMail, EarthSky

Adib Mohd