Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Cemas Peluncur Ski ‘Dikejar’ Runtuhan Salji Hingga Hampir Ragut Nyawa

Seorang peluncur ski nyaris menempah maut selepas dikejar oleh satu runtuhan salji yang berkelajuan tinggi sebelum ianya menimbus peluncur tersebut.

Detik-detik yang menakutkan itu berjaya dirakam oleh kamera GoPro yang dilekatkan di topi keledar peluncur tersebut semasa dia bermain ski di off-piste track di Perancis tanpa menyedari bahawa satu runtuhan salji yang berkelajuan tinggi menuju ke arahnya.

Rakaman video tersebut bermula dengan pemandangan gunung ganang yang dilitupi dengan salji tebal.

Peluncur tersebut memulakan luncurannya dengan bersorak ‘wohoo’ sebelum mula melusuri gunung berkenaan.

Detik-detik yang menakutkan itu muncul tidak berapa lama kemudian selepas peluncur tersebut menoleh ke belakang. Pada awalnya, dia tidak dapat menyedari tentang apa yang terjadi di belakangnya.

Pun begitu, selepas dia menyedari bahawa ada satu runtuhan salji yang berlaku menuju ke arahnya, dia kelihatan cuba untuk mencari jalan keluar daripada kejadian itu. Namun kerana runtuhan tersebut terlalu pantas, dia akhirnya telah ditimbus dalam runtuhan salji tersebut.

Salji telah menutupi kameranya, namun suara peluncur tersebut kedengaran ketika dia cuba untuk keluar daripada timbusan yang dibawa oleh runtuhan berkenaan.

Peluncur ski tersebut percaya bahawa insiden yang berlaku pada 7 Mac itu dicetuskan oleh seseorang di puncak gunung yang tidak menunggunya menghabiskan luncurannya terlebih dahulu.

“Saya sangat-sangat takut, tindakan pantas saya menggunakan beg udara sebelum ditimbus runtuhan itu telah menyelamatkan nyawa saya.

“Ianya adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” kata peluncur tersebut.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa