Siakap Keli

Tips Makanan Sahur Untuk Anak Yang Pertama Kali Berpuasa, Ibu Bapa Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramadan sudah tiba. Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil, pasti resah bagaimana caranya untuk mengajar anak berpuasa untuk pertama kali.

Selain boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit, hidangan sahur menjadi satu perkara utama perlu dititikberatkan oleh ibu bapa agar anak-anak bersedia menempuh hari yang panjang sehingga waktu berbuka.

Perkongsian tips oleh Dietitian Fizah Sobri ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana dalam memilih makanan sahur kepada anak-anak pada supaya mereka dapat bertahan.

TIPS MAKANAN UNTUK ANAK ANAK YANG PERTAMA KALI PUASA

Ingat tak umur kita dulu berapa masa nak mula berpuasa? Ini kali pertama Aliyah akan berpuasa waktu Ramadhan. Aliyah baru cecah 7 tahun hari ini, maka saya nak galakkan Aliyah cuba berpuasa pada tahun ini.

Tapi anak-anak ni lain dari kita mommies daddies. Anak kita selera lain, kuantiti yang boleh dimakan lain, tahap larat mereka lain, maka tujuan posting kali ini nak bagi tips jenis makanan yang boleh diberi waktu sahur supaya anak anak yang berpuasa ini boleh bertahan..

1. Perbanyakkan sumber protein

Menu sahur banyakkan sumber protein. Protein adalah macronutrient yang paling lambat untuk dicernakan banding dengan carbohydrate dan lemak dan sangat bagus sebagai sumber zat besi, dan pelbagai vitamin yang membantu anak kekal cergas.

Sumber protein seperti ayam,ikan,daging,cheese,susu,kacang kekacang. Kalau mereka nak ambil ayam goreng lagi banyak dari nasi takpe, bagi sahur biar kan

Mommies boleh sediakan menu pagi yang masukkan banyak sumber protein. Contoh:

1) Macaroni and cheese ada susu,ada cheese, ada ayam/udang

paghetti bolognese dengan meatball

asi lauk ayam dengan telur

ereal dengan susu full cream milk

Roti ala-ala double cheeseburger atau sandwhich tuna dengan cheese

6) Homemade pizza dengan macam macam topping and cheese

2. Tambah sumber serat

Waktu pagi selepas ambil menu utama sahur galakkan anak snack sikit dengan buah buahan sebagai pencuci mulut.

Kenapa? Sebab ramai anak anak susah sangat nak makan sayur tapi boleh terima lagi buah buahan.

Serat ini bantu rasa kenyang lama sikit. Ajar anak ambil satu hidangan buah. Satu hidangan buah bersamaan dengan:

1) 1 biji pisang mas

2) 1 potong tembikai

3) 8-10 biji anggur

4) 1 biji oren

5) 1 biji epal

6) 1/2 biji mangga/jambu/buah naga

Sikit je kan.. tak banyak pun.. tapi jangan buat dalam bentuk jus ye.. tak nak anak-anak suka air manis pulak masa sahur.

3. Tanya mereka nak menu apa sebelum tidur

Sebenarnya dengan bertanya anda ambil kira pandangan anak dan lebih tinggi kemungkinan untuk anak terima makanan yang disediakan esok pagi.

Memang akan ada episod tukar selera pulak, tapi kita boleh terangkan ini pilihan dia masa malam tadi,nanti esok mommy sediakan menu lain pulak.

Masa PKP ni pun boleh training anak untuk bangun sahur dan berpuasa sebelum Ramadhan tiba.

4. Jangan paksa anak puasa penuh

Ambil langkah demi langkah. Kalau hari pertama berjaya puasa 4 jam takpe, esok kita cuba up kepada 5 jam.

Kalau berjaya puasa 1 hari, nak bagi motivasi macam RM1 ke, hadiah ke silakan.. Tapi jangan paksa anak puasa penuh pada kali pertama mereka nak cuba.

Lainlah kalau anak dah remaja mengada ngada tak tahan nak berbuka puasa itu memang nak kena ketuk dengan sudip ni.

Siapa nak idea untuk buat sahur boleh download resipi resipi ini FREE sahaja:

Kalau ada resipi resipi lain yang anak mommies suka nak share di bawah pun boleh. Boleh jadi inspirasi kepada ibubapa lain cuba resipi tersebut untuk anak anak mereka.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.