Siakap Keli
Gambar Via Google

“Boleh Merebak Ke Seluruh…,” Doktor Kongsi Tips Cegah Ruam Pada Punggung Bayi

Bagi yang telah mempunyai anak, anda pasti mengalami pelbagai situasi ketika mereka masih lagi bayi.

Salah satunya ialah bahagian punggung bayi yang terkadang melecet sehingga menimbulkan ruam. Sebenarnya, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mencegah ruam tersebut.

Tips tersebut telah dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi laman Facebooknya.

Luluh hati saya bila jumpa bayi yang menahan sakit akibat punggung melecet sampai dapat jangkitan kulat macam ni.

Dia orang ni akan nangis je sakit sangat-sangat. Nak beritahu belum pandai cakap, akhirnya menangis je lah tak berhenti. Kita yang tengok ni pun jadi sebak.

Selalunya masalah ni bermula dengan ruam lampin biasa.

Tapi sesetengah mak ayah tak tahu cara nak cegah awal-awal. Asalnya sikit je tapi nanti lama lama merebak ke seluruh punggung.

Tanda-tanda ruam lampin mudah nak kesan sebenarnya. Kita boleh nampak bintik-bintik merah timbul dan kulit si comel kelihatan kemerah-merahan. Kalau biarkan lagi nanti start lah melecet.

Ni saya kongsikan tips untuk cegah ruam tu supaya tak jadi makin teruk:

 Mak ayah mesti tukarkan lampin anak sekerap mungkin supaya punggung sentiasa kering. Kalau punggung bayi selalu lembab, kuman pun memang sukalah nak berkumpul dan membiak dekat situ.

 Elak letakkan bedak pada punggung bayi. Benda tu boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat lebih-lebih lagi bila bercampur dengan najis dan air kencing.

 Kalau mak ayah perasan punggung anak dah naik ruam, cepat-cepat apply “barrier cream” pada kawasan ruam tu. Tak adalah bila baby berak atau kencing, kotoran tu terkena pada tempat yang melecet atau luka.

Mak ayah boleh guna “barrier cream” macam petroleum jelly (vaseline) atau zinc oxide cream. Ada je jual dekat farmasi.

 Elakkan guna tisu lembab bayi yang mengandungi alcohol dan juga pewangi. Penting sangat yang ni.

Kulit bayi tu nipis je tau. Bila selalu terdedah pada bahan kimia, senang sangat berlaku radang dan alahan pada kulit.

Cukuplah sekadar gunakan kapas dan air suam untuk bersihkan punggung bayi.

 Sekiranya ruam makin melarat cuba tukarkan jenis lampin bayi yang lain. Dalam market pun ada pelbagai jenis lampin mengikut kadar serapan air kencing.

Tips ni semua simple je tapi penting untuk kesihatan kulit baby anda. Bantu saya #sebarkan ya supaya semua mak ayah tahu ilmu ni.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

#notaDrALB

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa