Siakap Keli

Bekerja 6 Jam Tanpa Henti Ketika Puasa, Frontliners Terduduk Keletihan Dalam Sut PPE

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadan, membuatkan ramai di antara kita yang menjalani ibadah puasa dalam keadaan tennag di rumah.

Namun, barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19, mungkin tidak dapat menikmati keadaan tersebut kerana mereka kini sedang bertungkus-lumus berkhidmat demi negara.

Tentunya keadaan lebih mencabar memandangkan mereka perlu bekerja seperti biasa di dalam bulan puasa yang memerlukan ketahanan fizikan dan mental yang kuat.

Seperti perkongsian pengalaman oleh salah seorang ‘frontliners’ yang terlibat, Leftenan Muda Nurul Nadirah, yang merupakan pegawai di Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Beliau yang bertugas sebagai seketariat pengurusan bencana di pusat kuarantin, bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal pergerakan keluar masuk di pusat kuarantin.

Kata Nadirah, kemasukan pelajar yang baru pulang dari luar negara selama enam jam tanpa membuatkan ada dalam kalangan petugas yang rebah. Ada yang muntah, hampir pitam dan menggigil.

Bayangkan, berpakaian lengkap sut PPE dalam keadaan panas sehari suntukĀ  tanpa makan dan minum, bukannya perkara yang mudah. Tabik hormat kami untuk anda semua!

Dugaan di awal Ramadhan yang perlu ditempuhi untuk negara.

Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi sorang rebah dengan full ppe. Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 org pelajar dari Cairo.

Awal pagi semua bertenaga

Masuk petang, seorang demi sorang rebah dengan full ppe

Badan makin lemah, ada yang dah muntah

Kemasukan 6 jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam, ada yang badan dah menggigil.

Bukan mudah nak lalui perjalanan ini. Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat.

Moga Allah memberikan kekutan kepada semua barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19, tidak kiralah apa jua tanggungjawab yang digalas oleh anda.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, teruskan tugas kita untuk berada di rumah dan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Sumber: Nurul Nadirah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.