Siakap Keli
Kredit: Mikka Medinna

Cara Mudah Tanam Pokok Kesum, Hanya Guna Raga Dan Besen Sahaja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi anda yang tinggal di bandar, pasti ada kalanya mengimpikan sedikit ruang untuk bercucuk tanam tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan cara mudah untuk menanam pokok kesum tanpa menggunakan tanah, hanya menggunakan raga dan besen di rumah anda.

Pokok kesum merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan serta boleh ditanam di halaman rumah sahaja. Dengan menggunakan teknik keratan batang, tumbuhan ini mudah ditanam dengan bekalan air yang cukup.

Antara tumbuhan lain yang sering ditanam di halaman rumah ialah daun pandan, serai, daun kari, daun sup dan daun bawang.

Tanpa membuang masa, jom baca tips dan cara mudah tanam pokok kesum yang telah dikongsikan Mikka Medina di laman Facebook miliknya.

“Faizul Ejoe ajar aku tanam. Dia habaq dia tanam dalam besen sebab tak nak isteri pergi petik kat parit.. Baguih ampa nohh..”

1. Petik daun kesum, masukkan di celah lubang penapis.

Anda boleh menggunakan daun kesum yang dibeli di pasar.

cara tanam pokok kesum
Kredit: Mikka Medina

2. Letak raga di atas besen yang berisi air

cara mudah tanam pokok kesum
Kredit: Mikka Medina

3. Pastikan had air terkawal dengan menebuk lubang pada sisi besen

cara mudah tanam pokok kesum
Kredit: Mikka Medina

4. Siram dengan air basuhan beras

Kredit: Mikka Medinna

Selepas kira-kira dua minggu, pokok kesum anda akan menjadi rimbun dan subur.

cara mudah tanam pokok kesum
Kredit: Mikka Medinna

Dengan cara mudah tanam pokok kesum ini, bolehlah anda masak asam pedas dan laksa yang sedap, lengkap dengan daun kesum. Selamat mencuba!

Sumber: Mikka Medinna

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.