Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Dipercayai Berang Kalah Dalam ‘Video Game’, Remaja Didakwa Tikam Adik Hingga Mati

Seorang remaja lelaki dilaporkan mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah menikam adiknya yang berusia 7 tahun sehingga mati dalam keadaan marah kerana kalah dalam permainan video di telefon bimbit.

Remaja berusia 13 tahun dari Rusia itu didakwa merosakkan barang-barang di dalam rumah dan menghancurkan telefon bimbitnya sebelum membunuh adiknya, lapor Mirror Uk.

Ibu mereka meninggalkan dua beradik itu tidur di rumah mereka di Dudinka dan membawa anak perempuannya yang berusia enam tahun ke rumah ibu bapanya.

Remaja itu dipercayai bermain permainan video apabila sedar dari tidur dan mengamuk selepas kalah dalam permainan itu.

Memetik laporan Mirror Uk, dia dikatakan mula memukul perabot dan membalikkan semua barang di dalam rumah sebelum memecahkan telefon bimbitnya.

Adiknya yang sedar kerana bunyi bising itu telah menyorok dari abangnya di dapur.

Suspek dipercayai takut jika adiknya memberitahu kepada sesiapa mengenai apa yang telah berlaku dalam rumah itu dan dalam keadaan marah dia telah menikam adiknya sebanyak 15 kali.

Remaja itu kini diberikan bantuan psikologi. Kes jenayah juga telah dibuka namun tidak pasti sama ada dia ditangkap atau tidak dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa