Siakap Keli
Foto: Mag Faheem

“Kenapa Takut Nak Ada Anak, Rezeki Allah Bagi Dalam Pelbagai Bentuk Buat Kau Tersenyum Sorang-Sorang”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan sesetengah orang ‘takut’ untuk memikul tanggungjawab yang besar seperti mempunyai anak. Kita semua tahu, kos sara hidup di Malaysia pada peringkat yang sederhana. Jadi, tidak ada masalah untuk kita mempunyai anak dan tanggungjawab yang lain berbanding di luar negara.

Perkongsian menarik ini dikongsikan dari laman Twitter Mag Faheem seorang perantau yang kini menetap di Guangzhou, China. Beliau menceritakan pengalamannya selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak di negara tersebut. Ternyata, rezeki itu ada di mana-mana.

Kehidupan Guangzhou tak semudah macam di KL. Dari segi tempat tinggal dan makan minum, kewangan aku dan isteri agak terhad. Even we had a good business back then, tapi expenses pun boleh tahan banyk per month. Jadi, aku dan isteri tahan untuk tidak mempunyai anak waktu awal perkahwinan.

Tiap kali balik Malaysia, panas telinga aku dgn soalan orang “Bila nak ada anak?”

Nasib baik mak bapak aku faham keadaan aku, aku memang nak kuatkan ekonomi aku baru sedia nak ada anak. Family lain yang tak faham tu, aku buat don’t know je. Lantak diorang lah nak cakap apa.

2014 nikah, 2018 Ogos baru dapat Raisah.

Waktu nikah/kahwin tu pun kita buat simple. Aku sebnarnya faham perasaan bini aku, dah nama pun perempuan, mesti nak ada satu wedding yang gah dalam hidup diorang. Tapi, aku bersyukur dia tak terlalu demand dalam hal ni.

Nikah/kahwin tak sampai RM 5k. Aku jemput sedara mara dan keluarga terdekat je, yang tak datang tu pun aku tak kisah. Sebab waktu tu kepala aku dah fikir pasal sewa rumah dekat China, modal untuk register company, preparation untuk visa dan passport.

Aku faham yang nasihat aku kepada anak muda untuk tidak berbelanja besar dalam perkahwinan susah nak diterima semua. Tapi itulah yang aku buat, aku terpaksa korbankan ‘grand wedding’ untuk hadap kehidupan dekat China. Alhamdulillah, everything went well. Tapi, 4 tahun kita takde anak.

Aku dan isteri cuba untuk luangkan masa bersama travel ke beberapa negara dan nikmati kehidupan berdua. Tapi bila dah masuk tahun ke-4 tu, baru terasa, hidup ni bosan kalau takde anak. Benda ni aku terfikir waktu aku dekat Indonesia, aku tengok family sana yang sebaya aku dah 3 anak.

“Tuhan betul-betul turunkan rezeki yang tak ternilai ni…”

2018, aku melompat dari katil bila bini aku kejutkan yg dia berdarah, time tu 4 pagi. Gila! Mana nak cari hospital waktu tu? Dalam kepala aku, janji tak beranak dalam kereta dah lah, plan Tuhan tu ngam-ngam ikut calendar due date. Ini Raisah Chan lepas 12 jam. Hihi.

Aku selalu nakkan anak lelaki, tapi bila Raisah keluar, segala plan aku untuk besarkan anak pergi main bola dekat stadium main wrestling dan main skate hilang sekejap. Tuhan betul-betul turunkan rezeki yang tak ternilai ni.

Kau takut nak ada anak, itu normal, kau nak besarkan satu nyawa dengan ekonomi yang stabil itu bagus. Kau kena banyak doa. Cabaran nak membesarkan anak ni bukan kepalang, tapi kau kena banyak doa, kadang Tuhan tu jawab dalam pelbagai bentuk, tahu-tahu kau tersenyum sorang-sorang.

“Dekat China kau tak boleh tahu jantina anak.. kalau perempuan selalunya mereka akan gugurkan…”

Aku pernah tinggalkan bini aku dekat Guangzhou sorang-sorang waktu dia mengandung, time tu aku bawa wakil company China pergi main dekat Genting Malaysia. Yang ni kalau aku cerita boleh buat nangis juga lah.

Oh, dekat China kau tak boleh tahu jantina anak. Sebab dekat sana budaya China utamakan anak lelaki, kalau diorang dapat tahu jantina perempuan, diorang akan gugurkan. Sebab perempuan tak boleh warisi nama keluarga. 

 

Sumber: MAG Faheem

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang