Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Detik Cemas Apartment Runtuh, Pejalan Kaki Nyaris Ditimpa Runtuhan

Dua pejalan kaki nyaris maut apabila sebuah bangunan apartment lama berusia 130 tahun runtuh secara tiba-tiba di Odessa, Ukraine.

Kejadian yang berlaku pada 10 pagi, 9 April lalu hampir membunuh seorang lelaki dan seorang wanita yang berjalan berhampiran bangunan itu.

Nasib menyebelahi mereka apabila sempat menyedari sesuatu yang tidak kena dan berjaya menyelamatkan diri sebelum tertimbus.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian melibatkan bangunan terbiar itu.

Menurut penduduk tempatan, kerja-kerja membaik pulih baru dimulakan sebelum ia runtuh.

“Ia runtuh tidak lama selepas pekerja menggerudi dinding,” kata Natalia Taban, seorang wanita yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Pekerja pembinaan yang berada di kawasan itu juga dilaporkan berhenti berehat sebelum kejadian berlaku.

“Satu keajaiban tiada yang tercedera,” kata seorang saksi seperti dilaporkan Daily Mail.

Beberapa tahun lalu, sayap kiri bangunan tiga tingkat itu telah dikenalpasti tidak selamat dan ditutup untuk kerja baik pulih.

Datuk Bandar, Gennadiy Trukhanov berkata, “Bangunan itu merupakan monumen seni bina yang mempunyai kepentingan tempatan.

“Sebuah syarikat swasta telah diberi kepercayaan untuk urusan baik pulih. Kami akan menyiasat jika ada pelanggaran peraturan ketika kerja-kerja tersebut.

Kejadian itu berlaku di bandar yang menjadi pusat pelancongan dengan 30 peratus daripada bangunannya berusia lebih 100 tahun dan memerlukan pengubahsuaian.

Empat tahun lalu, seorang lelaki berusia 21 tahun maut dalam kejadian yang serupa di sana.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.